Thursday, 8 December 2011

MARI MENGENAL BENTUK



TONTON VIDEO DIBAWAH...

MARI BELAJAR A, B, C.....







AKTIVITI DAN SUASANA DI DALAM KELAS PEMULIHAN









PROGRAM CEKAL (CELIK DAN KENAL)



GABUNGAN DUA HURUF DARIPADA HURUF ASAS  'C'







KAEDAH PEMBELAJARAN MELALUI BUKU BERGAMBAR 3 DIMENSI
UNTUK MENGUKUHKAN DAYA INGATAN MURID.





MATLAMAT @ OBJEKTIF PEMULIHAN KHAS

1.Membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan  pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;
2.   Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;
3.   Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;
4.   Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa;
5.   Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran;
6.   Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran;
7.   Menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan
8.   Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan berasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.