Thursday, 8 December 2011

MATLAMAT @ OBJEKTIF PEMULIHAN KHAS

1.Membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan  pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;
2.   Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;
3.   Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;
4.   Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa;
5.   Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran;
6.   Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran;
7.   Menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan
8.   Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan berasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

No comments:

Post a Comment